Latihan industri
Kepada para pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri di syarikat kami, anda perlu muat naik dokumen-dokumen berkenaan:
1. Resume anda yang lengkap
2. Surat dari pihak fakulti/jabatan
3. Borang permohonan Latihan Industri
4. Borang jawapan dari fakulti/jabatan
Selepas muat naik maklumat permohonan Latihan Industri, sila isikan dengan lengkap Borang Permohonan Latihan Industri.
Klik sini untuk permohonan latihan industri.
**Pihak kami akan memproses permohonan anda dan beri maklumbalas sekitar 7 hari bekerja.
PENTING !
Kemasukan pelajar tertakhluk kepada kekosongan semasa. Sila buat permohonan segera untuk Sesi terkini!
Kami menerima pelajar mengikut kuota yang diperlukan. Tiada syarat kelayakan yang dikenakan ke atas pelajar, namun apa yang kami mahukan ialah disiplin, kreatif, tidak putus asa, rajin dan mempunyai etika pelajar yang baik. Anda boleh hubungi kami melalui email takaful2all@yahoo.com.my atau ruangan komen dibawah (faks tidak akan diterima) dan juga anda boleh datang sendiri ke pejabat kami.
“Pengalaman merupakan perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, juga perkara sangat berharga dan dapat mematangkan fikiran kita. Makin banyak kita pelajari makin kita sedar banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui.”
Keutamaan di berikan kepada pelajar yang mengambil kursus berikut:
√ Kesetiusahaan
√ Seni bina
√ Hartanah
√ Perniagaan
√ Pengurusan
√ Perakaunan
√ Multimedia
√ Logistik
√ Pengurusan Marine
√ Teknologi Maklumat; dan
Yang berkaitan
Untuk makluman anda kami masih lagi dalam proses pengubahsuaian laman web ini, pihak kami amat mengalu-alukan cadangan atau idea yang bernas untuk mempertingkatkan lagi laman web kami ini agar mudah difahami oleh semua pihak.
Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728).
Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed