PEMILIHAN PEGUAM

Melantik peguam panel LPPSA perkara wajib dan pertama yang perlu di lakukan oleh bakal pemohon sebelum memulakan permohonan pembiayaan kerajaan. Memilih dan melantik peguam lebih mudah berbanding dahulu, dengan hanya pilih dari senarai panel yang di senaraikan oleh pihak LPPSA.

Disarankan untuk melantik panel peguam berpengalaman dan mahir, kerana panel peguam yang tersenarai merupakan rangkuman firma guaman seluruh Malaysia yang baru dan lama. Semestinya lebih mudah berurusan dengan firma guaman yang banyak pengalaman (otai) dan mahir dalam urusan pembiayaan perumahan kerajaan agar setiap urusan permohonan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kesulitan.

Implikasi yang biasa dihadapi oleh pemohon sekiranya peguam yang dilantik tidak mahir dan tidak berpengalaman:

  • Pemohon dan peguam akan mengalami konflik.
  • Pemohonan akan ditolak akibat borang yang tidak lengkap.
  • Peminjam juga akan dikenakan faedah daripada pemaju atau penjual.

Telah menjadi bidang kerja kami dalam menguruskan permohonan pembiyaan kerajaan selama lebih 10 tahun, kami telah membina hubungan baik dengan pihak pemaju dan juga peguam, kami turut berbesar hati untuk memudahkan urusan anda dengan mencadangkan panel peguam yang telah biasa berurusan dengan kami di seluruh Malaysia dalam bekerjasama menguruskan permohonan pembiayaan kerajaan pemohon-pemohon.

Whatsapp admin untuk mendapatkan panel peguam LPPSA yang berdekatan dengan anda 📲 Admin/ieta

Urusan pembiayaan perumahan akan mengalami masalah sekiranya;

  1. Kurang Mahir
    Jika anda telah memilih berurusan dengan pihak peguam yang kurang mahir bagi urusan pembiayaan kerajaan (LPPSA), permohonan anda  bakal menghadapi risiko  menjadi serba lambat dan kekurangan.  Setiap jenis pinjaman memerlukan dokumen, syarat permohonan dan prosedur yang berbeza, oleh itu, melantik peguam berkemahiran dapat mempercepatkan kelulusan daripada pembiayaan dan urusan pembiayaan menjadi lancar tanpa kesulitan.
  2. Dokumen Tidak Lengkap
    Jika dokumen tidak lengkap, permohonan akan dikuiri dan seterusnya akan mengheret masa yang lama untuk mendapat kelulusan dan mungkin berisiko untuk loan di batalkan atas sebab telah terlepas tempoh kuiri yang diberikan. Kuiri adalah virus dalam permohonan yang akan menyebabkan permohonan anda menjadi lambat dan mengambil masa untuk diproses. Segala kesulitan yang dihadapi bukan berpunca dari LPPSA, namun dari langkah dan perkara pertama yang dilakukan pemohon iaitu telah melantik panel peguam tidak mahir dan tidak berpengalaman.Hal sebegini antara faktor mengapa ramai penjual tidak gemar menjual rumah melalui pembiayaan kerjaan, seperti yang sering kami dengan adalah gov loan “lambat”, “leceh” dan sebagainya. Dari rentetan ini, kami sentiasa mengalu-alu mana-mana firma guaman yang ingin bekerjasama dengan kami dalam membantu menguruskan urusan permohonan pembiayaan kerajaan pemohon-pemohon.

 

Peranan guaman hartanah

  • Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan urusan dan proses jual beli hartanah
  • Menyediakan perjanjian jual beli dan dokumen pindah milik
  • Memastikan terma-terma perjanjian jual beli tersebut melindungi kepentingan anak guam dan selari dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan
  • Memastikan semua dokumen teratur sebelum menyediakan sesuatu perjanjian jual beli dan sebelum anak guam menandatangani perjanjian jual beli tersebut
  • Menguruskan proses pelepasan gadaian daripada bank penjual
  • Menguruskan urusan permohonan kebenaran pindah milik dan kebenaran gadaian
  • Menguruskan urusan pindah milik hartanah daripada penjual kepada pembeli
  • Berhubung dan follow up dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan urusan jual beli dan pindah milik hartanah
  • Menguruskan dokumentasi pinjaman perumahan anak guam
  • Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan dengan urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah
  • Menguruskan urusan gadaian hartanah daripada pembeli kepada bank
  • Menguruskan urusan adjudikasi dan bayaran duti setem
  • Memastikan pembayaran harga jual beli mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli
  • Memastikan penyerahan milikan kosong dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli
  • Sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan) terhadap bayaran harga jual beli yang dibuat oleh pembeli sebelum boleh dilepaskan kepada penjual
  • Dan lain-lain kerja yang berkaitan dan bersangkutan dengan urusan jual beli sesuatu hartanah

Yuran Guaman termasuk dalam skop pembiayaan LPPSA

Berkuatkuasa 1 Januari 2018, yuran guaman termasuk didalam skop pembiayaan LPPSA. Pemohon perlu mendapatkan sebutharga daripada peguam dan mengemukakan sebutharga tersebut dengan menggunakan template sebutharga kos yuran guaman yang disediakan oleh LPPSA dan dikemukakan bersama pemohonan.

LPPSA akan membiayai kos yuran guaman dokumentasi pembiayaan yang diuruskan oleh semua peguam sama ada panel LPPSA atau sebaliknya. Yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan ini termasuk dalam jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh LPPSA serta pembiayaan yuran guaman termasuk dalam pengiraan jumlah had kelayakan pembiayaan. Pembiayaan kos yuran guaman merupakan satu pilihan kepada pemohon, tidak wajib.

Sekiranya anggaran kos yuran guaman dimohon adalah lebih rendah daripada kos yuran guaman sebenar, pemohon perlu menyelesaikan wang beza tersebut terlebih dahulu. Jika anggaran kos yuran guaman dimohon adalah lebih tinggi daripada kos yuran guaman sebenar, wang beza tersebut akan dianggap sebagai lebihan bayaran dan akan dikembalikan kepada pemohon setelah selesai pembiayaan setelah mengambilkira hutang (owing), sekiranya ada.

Tips mudahnya pembiayaan kerajaan?


Antara Senarai Soal Jawab:

PEMILIHAN PEGUAM 1>>
PEMILIHAN PEGUAM 2>>
SOALAN LAZIM >>
CONTOH KES >>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan / kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Rujukan:

  1. Mohd Mokhtar & co – Cik Zarina bt Azmi
  2. Zainudin Wan Nadzim Chua & Mazlinda – Puan Azlinda bt Mohd
  3. Buku: 40 Soalan yang patut di tanya kepada Peguam anda sebelum membeli rumah di Malaysia  nukilan Khairul Anuar
  4. Pejabat Tanah dan Galian  Melaka , Pejabat Peguam Melaka      
  5. Jabatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Melaka   
  6. Buku: Ikon Hartanah : 1 More Round
  7. BLOG: MUNIR PROPERTY

Disediakan oleh: Norfarahind Md Nasir/Politeknik PortDickson/N.Sembilan/Mac2012

Dikemaskini oleh     :

  • Rabitah Binti Osman / Politeknik Nilai / N.Sembilan / Julai2012
  • Siti Zawiyah Binti Shuib / UiTM Melaka / Melaka / Mac2013  
  • Nur Hafisah Binti Abdul Latif / Kolej Yayasan Pelajaran Johor(UTM) / Johor / Disember2014
  • Siti Norain Binti Tarmidi / Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)/ Melaka / Jan2016 

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan

1 thought on “PEMILIHAN PEGUAM”

  1. Terima kasih atas artikel tentang peguam LPPSA ini Mohd Elam. Kami Suria Din & Associates merupakan firma guaman panel LPPSA dan berpengalaman dalam urusan permohonan loan LPPSA , dokumentasi sehingga urusan pemilikan rumah atau tanah selesai.

    Semoga kita dapat bekerjasama di masa akan datang. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *