



PANDUAN PERLINDUNGAN TAKAFUL
Skim kemalangan berkelompok Group Personal Accident (GPA) ini dibentuk untuk semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh negara. Skim ini memberi perlindungan lebih untuk kemalangan kerana statistik pelajar terdedah kepada kemalangan lebih tinggi berbanding sakit. Kadar sumbangan (premium) dinilai berdasarkan :
1- Penilaian risiko (nature) pelajar.
2- Kekerapan tuntutan berdasarkan kes kematian dan penyakit.
3- Populasi pelajar. Skim ini adalah antara yang paling menarik di pasaran dengan kombinasi manfaat dan kemudahan sokongan untuk segala jenis tuntutan.
Matlamat : Memberi perlindungan yang komprehensif dengan menerapkan muamalat Islam.
Sumbangan : Kadar sumbangan minima dengan manfaat perlindungan maksima.
Tempoh :
i) Mengikut persetujuan IPTA & IPTS.
ii) Minima satu tahun dan maksima mengikut tarikh pengajian.
Kadar Sumbangan : Jumlah sumbangan adalah berdasarkan pakej pilihan seperti manfaat dibawah.
Pemegang Polisi Induk : Kebiasaannya menggunakan nama pusat pengajian IPTA & IPTS. Semua sumbangan (premium) atau tuntutan akan mengunakan nama IPTA & IPTS.
CHECKLIST TUNTUTAN POLISI TAKAFUL
Senarai Yang Diperlukan | KEMATIAN | LUMPUH | M/HOSPITAL | KOS UBAT |
Borang tuntutan– Boleh dapatkan borang dari HEP atau website : mohdelam.com | x | x | x | x |
2. Salinan polisi / schedule muka hadapan dan nama pelajar- Boleh rujuk Hal Ehwal Pelajar (HEP) | x | x | x | x |
3. Sijil kematian- Fotostate dan sahkan | x | |||
4. Permit menguburkan- Fotostate dan sahkan | x | |||
5. Laporan bedah siasat jika ada- Jika tiada tidak mengapa | x | |||
6. Salinan K/P dan kad pelajar- Fotostate dan sahkan | x | x | x | |
7. Surat pembayaran kepada waris-Perlu salinan kad pengenalan waris-Tanggungjawab waris untuk membahagi mengikut faraid | x | |||
8. Laporan polis- Salinan dan disahkan sudah memadai | x | x | x | |
9. Laporan pakar perubatan (medical specialist report)-PENTING. Borang ada di website dan serahkan kepada doktor yang merawat | x | x | ||
10. Gambar penuh orang yang cedera & anggota yang cedera- Ambil gambar dekat dan jarak | x | x | ||
11. Bil asal perubatan- PENTING. Jika salinan, pastikan telah disahkan oleh hospital yang mengeluarkannya | ||||
12. Nota masuk / keluar wad (admission / discharge note)- Slip yang membuktikan anda ada keluar dan masuk hospital | x | x | ||
13. Lain-lain jika ada- Keratan akhbar jika ada | x | x | x | x |
Berikut merupakan contoh-contoh borang :-
1. Borang tuntutan disebabkan kemalangan
2. Borang laporan perubatan jika lumpuh disebabkan kemalangan
3. Borang tuntutan kematian disebabkan sakit
4.Borang laporan perubatan jika lumpuh disebabkan sakit
NOTA : Semua dokumen di atas hendaklah lengkap sebelum diserah kepada HEP agar tiada kelewatan pembayaran pampasan.
KESIMPULAN
Maksud takaful adalah tolong-menolong atau kerjasama terutama bagi mereka yang ditimpa musibah dibantu oleh sekumpulan yang selamat. Oleh itu, sementara kita masih sihat, marilah kita bersama-sama membuat sumbangan untuk kebajikan atau amal jariah. Sebagai sokongan berterusan anda boleh menghubungi talian careline di no : 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728)
Disediakan oleh : Mohd Elam & Partner Management Services
Pertam Jaya Business Center,
No 71-1, Jalan PJ 1,
75050 Padang Temu, Semabok,
Melaka.
T : 06-2812728
F : 06-2862769
W : www.mohdelam.com.my
FB : Pembiayaan Perumahan dan Takaful 2
E : takaful2all@yahoo.com.my
C : 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728)
Disemak oleh : Mohd Elam Bin Mohamed