KLIK UNTUK MENGETAHUI HARTANAH UNTUK DIJUAL
KLIK UNTUK MENGETAHUI HARTANAH UNTUK DISEWA
ISU SEMASA: HARTANAH
Harga hartanah dijangka melonjak semula tahun depan – Savills
KUALA LUMPUR: Savills (Malaysia) Sdn Bhd, antara firma perunding hartanah terkemuka global, menjangkakan harga hartanah di negara ini akan kembali melonjak pada separuh kedua tahun hadapan. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Christopher Boyd, berkata jangkaan positif sektor hartanah tempatan itu bakal dipacu peningkatan permintaan pembeli mulai tahun ini selaras dengan perkembangan sosio ekonomi rakyat Malaysia.
“Ketika ini pasaran hartanah kediaman tidak menunjukkan peningkatan harga yang mendadak ekoran isu stok kediaman di pasaran yang masih tidak terjual serta sentimen pelabur terhadap ketidaktentuan pasaran saham disebabkan oleh kesan luaran seperti perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China. Selain itu, pembeli juga mengambil sikap tunggu dan lihat ekoran Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang lalu serta langkah yang akan diambil kerajaan baharu. Apa yang boleh saya katakan, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membeli hartanah di Malaysia kerana berdasarkan pemerhatian dan jangkaan Savills, harga akan kembali melonjak mulai separuh kedua tahun depan,” katanya ketika ditemui Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Boyd berkata, Savills menjangkakan peningkatan permintaan juga selaras dengan kenaikan pendapatan serta penambahan projek hartanah. “Walaupun pada masa ini kadar pembelian masih lagi menurun tetapi kami percaya pasaran akan mengukuh terutamanya selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula pada September ini,” katanya. Beliau berkata, Malaysia mempunyai kadar pemilikan hartanah untuk tujuan kediaman yang tinggi disebabkan faktor budaya, selain sokongan pembiayaan yang positif oleh institusi kewangan. “Rakyat Malaysia sebenarnya beruntung kerana mempunyai akses pemilikan kediaman yang lebih mudah seperti duti setem dan caj guaman yang agak rendah berbanding negara lain termasuk Singapura.”
Berdasarkan data Savills, Boyd menjelaskan permohonan pinjaman kediaman bagi Januari hingga Februari 2018 adalah sebanyak RM33 bilion berbanding RM32 bilion bagi tempoh sama tahun 2017. “Jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Februari 2018 adalah RM14 bilion daripada RM13 bilion bagi dua bulan sama 2017,” katanya.
Tahun lalu, permohonan pinjaman kediaman di Malaysia mencecah RM239.6 bilion iaitu 15.6 peratus lebih tinggi berbanding 2016. Daripada jumlah itu, sebanyak RM101.5 bilion permohonan diluluskan iaitu pada kadar 42.4 peratus berbanding 42.3 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelum.
Berdasarkan keratan akhbar BERITA HARIAN Online pula menyatakan bahawa Pelaburan hartanah secara relatifnya dijangka lebih popular berbanding pelaburan lain di Malaysia.kata firma perunding hartanah, CH Williams Talhar & Wong Sdn Bhd.
Pengarah Urusannya, Foo Gee Jen berkata, ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pulangan ke atas pelaburan dalam sektor hartanah semakin tinggi, kira-kira 5.2 peratus berbanding pulangan daripada bon, pasaran saham dan dana mutual iaitu kira-kira dua hingga tiga peratus.
“Bagaimanapun, jangkaan kami ke atas pasaran hartanah tahun ini tidak banyak berubah, sebahagian besarnya disebabkan oleh harga komoditi yang rendah dan pertumbuhan ekonomi terus perlahan di negara utama, selain ketidaktentuan politik,” katanya pada pembentangan Unjuran Pasaran Hartanah Asia Pasifik 2017 di sini, hari ini. Beliau berkata, permintaan dijangkakan meningkat untuk perumahan mampu milik berharga kurang daripada RM400,000. Katanya, pasaran hartanah juga dijangkakan bertahan dan stabil pada harga lebih realistik.
(Berita Harian Online)
Keratan di atas menguatkan lagi hasrat kami untuk menceburkan diri dalam bidang hartanah ini. Satu pencapaian yang baik dimana kami berjaya membeli lebih 10 unit rumah terpakai dan telah menjual dengan harga berpatutan dan selebihnya sewaan. Kami menjaminkan kehalusan seni bina rumah terpakai seperti rumah baru yang belum disunting. Jika anda berminat untuk memiliki hartanah melalui kami sila rujuk rumah yang masih lagi available untuk di jual.
Untuk pengetahuan anda, kami menjual rumah di sekitar MELAKA sahaja kerana lokasi ini merupakan lokasi di mana kami beroperasi, dapatkan maklumat kami di bahagian profile syarikat.
Maklumat lanjut hubungi CARELINE kami di 0196692728 (www.wasap.my/+60196692728)