KELEBIHAN

Terdapat banyak kelebihan apabila anda menjalankan Latihan Industri disini antaranya:

1. Pejabat

Ruang pejabat yang selesa untuk pelajar menjalankan tugas yang diberi. Pelajar akan ditempatkan di bahagian-bahagian masing-masing. Selain itu, terdapat juga ruangan rehat dan bilik yang selesa untuk solat.

2. Modul Pembelajaran

Untuk memudahkan pelajar menjalani latihan praktikal, kami menyediakan beberapa modul yang akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan industri di syarikat kami. Kebiasaannya, sesi pembelajaran akan diadakan pada minggu pertama selepas bermulanya sesi latihan industri.

4. Kenderaan

Kenderaan disediakan untuk memudahkan pelajar praktikal ke tempat kerja bagi yang tiada kenderaan sendiri.

5. Tawaran menduduki Peperiksaan

Syarikat kami menawarkan setiap pelajar untuk mengambil peperiksaan TBE (The Malaysian Insurance Institute) dan FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) bagi yang berumur 21 dan ke atas.

6. Elaun & Komisen

Elaun & komisen yang diberi tiada had dan berdasarkan kerajinan pelajar.

7. Majlis Makan Malam & Sambutan Hari Jadi

Majlis makan malam dan sambutan hari jadi diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar praktikal selain bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan, staf dan pelajar praktikal.


Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *