
LPPSA iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merupakan salah satu pembiayaan yang ditawarkan khas untuk
kakitangan kerajaan sahaja. Namun, kebanyakan di antara kakitangan kerajaan tidak jelas tentang kelebihan pembiayaan LPPSA berbanding bank serta ada yang masih mencongak sama ada perlu buat pembiayaan LPPSA atau bank? persoalan ni amat lazim pihak kami terima, lebih-lebih lagi masa kini kadar faedah bank rendah.
Sekiranya anda telah disahkan jawatan dalam perkhimatan, bermakna anda layak untuk mohon pembiayaan LPPSA. Kelebihan anda disini adalah pembiayaan ini hanya ditawarkan untuk kakitangan kerajaan sahaja, tetapi apa kelebihan yang lain?

Kelayakan
Kakitangan yang berjawatan tetap sudah pasti layak mohon dan yang paling utama, perlu diketahui LPPSA hanya ambil kira maklumat yang tertera didalam penyata gaji sahaja. CCTOS atau CCRIS? tidak terpakai untuk pembiayaan LPPSA mahupun anda ada komitmen luar dari penyata gaji.
Kiraan kelayakan juga mengambil kira elaun tetap yang ada tertera didalam penyata gaji untuk penentuan kalayakan sebenar anda.

Bagaimana dengan potongan yang tertera dalam penyata gaji? potongan yang berbentuk simpanan yang tidak diambil kira iaitu potongan zakat, Khas ATM (Potongan Paksa) dan tabungan (Simpanan ASB, Tabung Haji dsb.) Oleh itu, sekiranya anda ada potongan berbentuk komitmen (bukan simpanan), maka ianya diambil kira untuk kelayakan semasa anda.
Ramai pemohon terbantut untuk mohon berpunca dari komitmen yang tinggi iaitu melebihi 80% dari gaji bersih. Disini, kami sering menasihatkan pemohon untuk stabilkan penyata gaji (potongan) agar dapat meningkatkan amaun kelayakan semasa dan dapat mohon pembiayaan selari dengan rumah idaman. Anda sudah semak kelayakan terkini? Jom semak
Kadar Faedah Tetap

Kadar faedah pembiayaan tetap pada kadar 4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain. Kadar faedah intitusi kewangan adalah berubah-ubah, dan menjadi pilihan ramai pemohon di musim PKP kerana kadar faedah menurun di paras 3% kebawah. Namun ianya bersifat sementara kerana akan berubah berdasarkan BR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi semasa.
Tiada masalah sekiranya anda memilih untk membuat pinjaman bank berikutan situasi kadar faedah yang rendah, dicadangkan untuk tukar kepada pembiayaan LPPSA sekiranya kadar faedah telah sampai pada kadar 4%
Kelebihan pembiayaan LPPSA adalah kaedah pengiraan faedahnya berdasarkan ‘baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini.
Margin Kewangan

Kelulusan pembiyaan LPPSA adalah 100% berdasarkan kelayakan semasa, sebagai contoh kelayakan semasa anda adalah 450k, dan anda ingin membeli rumah berharga 450k maka kelulusan penuh anda terima selagi mana tidak harga rumah didalam harga pasaran dan amaun loan selari kelayakan iaitu 450k.
Berbeza dengan pinjaman bank, margin kewangan adalah 90% dari amaun loan menyebabkan peminjam perlu keluarkan 10% deposit.
Wang Pendahuluan
keistimewaan pembiayaan LPPSA, wang pendahuluan bukan perkara yang wajib untuk disediakan dengan alasan margin kewangan LPPSA adalah 100% selagi mana harga hartanah selari dengan kelayakan semasa.
Situasi berbeza sekiranya anda mohon loan lebih dari kelayakan semasa, ianya akan dikira wang beza dimana perbezaan amaun tersebut adalah dibawah tanggungjawab pemohon. Perkara seperti ini adalah dibawah pengatahuan pemohon sendiri dimana pemohon perlu sediakan wang beza tersebut.
Manakala bagi situasi pinjaman bank, 10% deposit merupakan pendahuluan yang perlu disediakan kerana pinjaman bank hanya menawarkan pinjaman 90% kebawah.
Tempoh Pembiayaan

Santai selepas pencen? Tempoh maksima pembiayaan yang ditawarkan LPPSA adalah 35 tahun sehingga had umur 90 tahun bagi skim pencen, jadi anda dibenarkan mohon sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh pencen. Berlainan pula untuk skim Kwsp, dimana tempoh pembiayaan adalah berdasarkan baki perkhidmatan semasa pemohon.
Bertentangan dengan pinjaman bank, walaupun tempoh pinjaman ditawarkan 35 tahun, namun had umur dibenarkan adalah sehingga 70 tahun sahaja menyebabkan bank sukar untuk memberi kelulusan pada pemohon yang telah menjangkau umur bersara.
Ansuran Bulanan
Bertuah sungguh kakitangan kerajaan, bayaran balik pembiayaan adalah telah termasuk perlindungan takaful mengikut tempoh pembiayaan dan ansuran bulanan juga tidak berubah disebabkan oleh kadar faedah yang tetap iaitu 4%. Perkara ini membuat pemohon boleh tutup sebelah mata sahaja, dimana potongan yang dibuat didalam penyata gaji tidak menggangu gugat kewangan pembiaya atas alasan amaun yang ditolak adalah sama sehingga habis bayar.
Bagaimana pula dengan pinjaman bank? bukan sahaja tidak menerima peminjam lewat usia, malah tidak melindungi secara menyeluruh dari segi penyakit kritikal.
Kelebihan ini amatlah istimewa buat anda kakitangan kerajaan, suka kami sarankan untuk kakitangan kerajaan seperti anda memanfaatkan peluang ini sebaiknya. Semoga perkongsian ini memberi nilai manfaat untuk anda mebuat keputusan.

Bagaimana nak bermula? Mudahnya sekiranya anda tahu caranya, bagaimana ? klik sini untuk maklumat lanjut.