
Kenapa saya memilih Etiqa Takaful ?

Takaful kederaan/motor
Takaful motor adalah takaful yang melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kenderaan, mencederakan liabiliti pihak ketiga, kemalangan yang bukan disengajakan, kerosakan akibat kebakaran atau kecurian kenderaan. Terdapat tiga jenis kenderaan yang dilindungi oleh Etiqa Takaful iaitu kereta persendirian, motorsikal dan juga kenderaan komersial.

Pada masa kini, terdapat puluhan syarikat yang menjalankan perniagaan insurans di Malaysia. Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai syarikat insurans sebagai pelindung kenderaan mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini pada masa akan datang dan anda sebagai pengguna berhak memilih syarikat mana yang terbaik untuk melindungi anda. Saya sebagai pengguna telah memilih Etiqa Takaful sebagai syarikat insurans kerana terdapat pelbagai manfaat yang saya peroleh bersama Etiqa Takaful.
Menggunakan konsep syariah
Salah satu sebab saya memilih Etiqa Takaful adalah kerana Etiqa Takaful dipantau oleh pegawai syariah yang berkelayakan. Mereka akan mengawasi dan menasihati syarikat dari segi perlaksanaan tabung, pelaburan, pembahagian untung dan lain-lain yang berkaitan supaya selari dengan hukum syarak. Setiap wang peserta akan dilaburkan hanya di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah. Etiqa takaful menggunakan konsep seperti :
- Tabarru’ ialah peserta bersetuju untuk mendermakan bahagian yang telah
ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Takaful Am untuk membantu mana-
mana peserta yang ditimpa musibah. - Wakalah ialah peserta melantik pengendali takaful untuk menguruskan pelaburan
dan menguruskan dana takaful am ini. - Terhindar daripada konsep riba’, Gharar (ketidakpastian), dan juga Maisir (judi).
Perkara yang dilindungi
Seksyen 1 – Kerugian atau kerosakan
Syarikat akan mengendalikan pembayaran ganti rugi kepada peserta sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan bermotor dalam keadaan berikut :
- Perlanggaran yang berlaku disebabkan oleh kemalangan, kerosakan mekanikal, haus
dan lusuh pada kenderaan. - Kebakaraan, letupan atau disambar petir. Bagi kes kebakaran, syarikat hanya
melindungi komprehensif dan juga third party (fire & thief). Syarikat tidak akan
melindungi bagi sebarang kebakaran dan juga kecurian yang berlaku akibat kecuaian
oleh peserta. - Sekiranya berlaku sebarang rompakan atau kecurian dan yang menyebabkan kerosakan pada kenderaan ada seperti cermin kereta pecah dan sebagainya.
- Perbuatan jahat seperti membaling batu, cermin dipecahkan, rusuhan dan sebagainya.
- Semasa dalam perjalanan iaitu semasa proses memasukkan atau memunggah barang melalui jalan raya, jalan air atau rel kereta api. Seksyen 11 – Liabiliti kepada pihak ketiga.
Liabiliti pihak ketiga juga akan dilindungi sekiranya berlaku sebarang masalah antara saya dan pihak ketiga (pihak yang menuntut). Syarikat akan mengendalikan bayaran jumlah di mana saya bertanggungjawab membayar di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak menuntut bagi kes :
- Apabila berlaku kematian atau kecederaan tubuh kepada pihak ketiga. Bagi kes ini, tiada had liabiliti yang ditetapkan oleh pihak etiqa.
- Kerosakan kepada harta benda pihak ketiga. Bagi sebarang kerosakan yang ditanggung mempunyai had liabiliti sebanyak RM 3juta.
- Etiqa juga akan melindungi segala kos perundangan yang dikenakan iaitu maksimum sebanyak RM 2,000.
Manfaat tambahan dengan membayar sumbangan tambahan
Saya juga boleh menambah manfaat tambahan untuk melindungi saya daripada sebarang kecelakaan. Setiap manfaat tambahan ini boleh diambil dengan membayar wang sumbangan tambahan kepada pihak syarikat. Dengan ini saya layak menerima perlindungan dengan manfaat tambahan yang dibuat. Berikut adalah manfaat tambahan yang ditawarkan oleh pihak Etiqa, antaranya ialah :
- Kerosakan cermin kenderaan (premiun 15 % daripada sum insured)
- Perlindungan liabiliti penumpang (pemandu pertama adalah percuma dan setiap tambahan penumpang hendaklah membayar sumbangan sebanyak RM10)
- Kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh (premium 0.5% daripada sum insured)
- Semua pemandu yang dinamakan (dengan bayaran sebanyak RM 50 )
- Semua pemandu untuk kenderaan syarikat sahaja.
Takaful kemalangan diri/personal accident (PA)
Pelan Perlindungan Kemalangan Diri direka khas untuk melindungi peserta dan penumpang peserta sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika di dalam perjalanan menaiki kenderaan persendirian. Etiqa bukan sahaja prihatin terhadap kepentingan setiap peserta tetapi mereka juga turut prihatin terhadap orang di sekelilingnya. Dengan pelan ini saya dapat melindungi diri saya disamping orang disekeliling saya terutamanya ahli keluarga saya. Terdapat pelbagai plan yang telah direka untuk memudahkan pelanggan untuk memilih mengikut kemampuan masing-masing antaranya ialah :
Pilihan A : PA Pemandu & Penumpang
FAEDAH | PELAN A | PELAN B | PELAN C |
Kematian @ keilatan kekal manfaat | RM 15,000 | RM 30,000 | RM 50,000 |
Belanja perubatan utk | RM 500 | RM 1,000 | RM 1,500 |
Khairat kematian seorang | RM 1,000 | RM 1,000 | RM 1,000 |
Sumbangan 5 tempat duduk | RM 70 | RM 30 | RM 210 |
Sumbangan 7 tempat duduk | RM 94 | RM 178 | RM 290 |
Tambahan 1 tempat duduk | RM 12 | RM 24 | RM 40 |
Pilihan B : Flexi PA / Stand Alone
FAEDAH | JUMLAH |
Faedah kematian | RM 50,000 |
Keilatan kemalangan | RM 50,000 |
Elaun harian (semalam) | RM 50 |
Sumbangan setahun | RM 70 |

Pelan bantuan kerosakan
Setiap yang berdaftar dibawah etiqa takaful anda boleh mendapatkan perkhidmatan Etiqa Auto Assist (EAA) iaitu menjalankan perkhidmatan dalam pembaikian atau menunda kenderaan peserta sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan. Sekiranya kenderaan saya mengalami sebarang kerosakan, saya layak mendapat bantuan seperti bantuan pembaikan kerosakan disisi jalan. Sebarang kerja pembaikian kenderaan hanya dilakukan untuk kerosakan yang kecil seperti jump start, kerosakan tayar kenderaan dan sebagainya. Sekiranya kenderaan tidak boleh dibaiki, pihak EAA akan mengaturkan khidmat tundaan (towing) untuk dihantar ke bengkel yang berdekatan. Perkhidmatan tundaan kenderaan ini adalah percuma tanpa had jarak ke bengkel terdekat yang ditentukan oleh EAA. Sekiranya saya memilih bengkel lain dan jarak antara lokosi kerosakan dengan bengkel pilihan saya melebihi 50km, maka saya hendaklah menanggung caj tambahan pada kadar RM3.00 setiap kilometer tambahan selepas 50 km pertama.

Kesimpulannya terdapat pelbagai manfaat yang boleh saya peroleh dengan memilih Etiqa Takaful sebagai syarikat insurans kenderaan saya. Etiqa bukan sahaja melindungi kenderaan saya bahkan turut melindungi saya dan orang di sekeliling saya sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan pada masa akan datang. Antara manfaat yang saya perolehi ialah :
- Saya memperolehi perlindungan bagi kerosakan atau kerugian kenderaan saya.
- Saya juga dapat melindungi orang disekeliling saya dan juga pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
- Saya dapat mencarum insurans dalam institusi islamik dan menjamin penjanaan kewangan yang saya carum.
- Saya boleh mendapat pelan bantuan kerosakan sekiranya kenderaan saya mengalami kerosakan dan juga kemalangan.
- Terdapat banyak plan Takaful Kemalangan Diri yang ditawarkan dan saya dapat memilih pelan yang bersesuaian dengan pendapatan saya.
Kini anda juga berpeluang mendapat manfaat seperti saya di Etiqa Takaful, anda mestilah bijak menentukan siapa pelindung yang terbaik untuk anda dan juga kenderaan anda kerana setiap keputusan berada ditangan anda.
“JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK”

Disediakan oleh: Nur Azilah Bt Zulkefli (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Rujukan:
- Etiqa Auto Assist (EAA)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- http://portal.jpj.gov.my/?sessionID=$1$Dr60QO8u$Fi3GOccOcdmurDPF31CmG/
- http://www.etiqa.com.my/Malay/Takaful/TakafulKeluarga/Pages/default.aspx
Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed