MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI melalui LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Sedikit perkongsian maklumat menggunakan pinjaman perumahan kerajaan untuk membina rumah atas tanah sendiri atau istilah pinjaman LPPSA iaitu:

  • Pinjaman Jenis ke-2:  Membeli rumah diatas tanah sendiri.
  • Pinjaman Jenis ke-6:  Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.

Jika belum mempunyai tanah, saudara boleh buat pinjaman beli tanah iaitu pinjaman jenis 4: membeli tanah untuk tujuan membina rumah dan kemudian mohon pinjaman membina rumah iaitu pinjaman jenis 6 seperti di atas.

Sedikit info yang perlu anda ketahui, gabungan pinjaman jenis 4 dan juga jenis 6 merupakan pinjaman pertama seperti yang terkandung di dalam perkeliling LPPSA Bil. 1/2019. Oleh itu, peminjan bakal menikmati 3 kali pinjaman. Pinjaman jenis 6 boleh dimohon selepas pinjaman jenis 4 telah aktif atau bermula pemotongan gaji.

Tujuan melantik peguam dan kontraktor 

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor.

1. Peguam:                                                                 

  • Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau  mahir dalam urusan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA.
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika perlu.

2. Kontraktor:                                                                                                              

  • Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA.
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkankelulusan daripada pihak PBT.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Untuk penjimatan kos, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapatkan pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan LPPSA.

Jadual bayaran berperingkat (JADUAL G)

Bayaran Kemajuan (Progress Payment) perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian untuk pinjaman jenis 2 dan jenis 6.

Carta alir untuk membina rumah di atas tanah sendiri

Langkah 1:

Pemohon perlu melantik peguam panel LPPSA, seterusnya kontraktor berlesen. Dinasihatkan juga pemohon untuk mencari kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan. Berdasarkan pengalaman kami, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang kurang pengalaman dalam urusan pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA).

Langkah 2:
Arkitek akan membuat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan (kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina).

Langkah 3:
Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk, pemohon/ peguam/ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Seterusnya, pemohon boleh mula mengisi permohonan pembiayaan secara online di laman LPPSA. Selepas semua urusan diatas selesai, borang permohonan beserta dokumen yang perlu disediakan mengikut senarai semak. Setelah dipastikan lengkap, boleh dihantar ke LPPSA untuk proses kelulusan pinjaman. Pemeriksaan dokumentasi adalah penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Kelebihan berurusan dengan kami, team kami bersedia memberi panduan kepada pemohon secara terperinci seperti yang kami kongsikan langkah-langkah diatas, sehingga penghantaran dokumentasi ke kaunter LPPSA secara serahan tangan. Bantuan yang diberikan oleh team kami ada secara percuma tanpa sebarang caj dimana anda berpeluang mendapatkan khidmat percuma selepas anda memilih salah satu perlindungan takaful di dalam permohonan pembiayaan LPPSA.

Langkah 4:
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Panduan untuk ubah suai rumah (Renovation)

Jika anda ingin mengubahsuai (renovation) rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan. Sebelum itu, perlu pemohon pastikan bahawa pemohon telah melepasi tempoh 5 tahun dari pinjaman pertama melalui LPPSA.

  1. Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.
  2. Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM  yang disahkan dan belum tamat tempoh.

Contoh pelan banggunan

Nota:

  • LPPSA(Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP(Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan) .
  • Dahulu dikenali sebagai Lampiran E, tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.
  • Bantulah kami dengan menghantar sms/whatsapp (www.wasap.my/+60196692728) maklumbalas anda kepada pihak admin.

Kesimpulan:

  • Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk mereka bentuk rumah mengikut selera dan kepuasan masing-masing. Malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah. Tetapi jika tersilap boleh meningkatkan kos.
  • Jika tanah dibeli 2 lot,1 atas nama isteri dan 1 lagi atas nama suami dan rumah akan dibuat atas kedua-dua lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman. Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk di dalam kes rayuan.
  • Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

found


Antara Senarai Soal Jawab:

MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Rujukan  :

  • Pakar Perunding Perumahan Berpengalaman
  • Kontraktor Berpengalaman -Mohda Construction Sdn Bhd
  • Pegawai Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
  • Arkitek Berpengalaman

Disediakan oleh: Sharifah Noor Khalillah Binti Syed Ismail / Politenik PortDickson / N.Sembilan / Mac2012

Dikemaskini oleh:

  • Siti Zawiyah Binti Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2013
  • Muhammad Farizuan Bin Amiruddin/Kolej Antarabangsa Unifield/Melaka/Disember2014
  • Zunnurain Bin Mohd Sam/ Kolej Universiti Islam Melaka/Januari2016

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *