Kurang yakin untuk berurusan dengan Mohd Elam & Partner (MEP) adalah perkara biasa yang buat kami. Namun kerjasama dengan pelbagai pihak lebih-lebih lagi pemaju, ejen hartanah menguatkan untuk kami betapak sehingga kini lebih 10 tahun pengalaman dalam urusan gov loan.
Bagaimana nak bermula?

Semak kelayakan semasa, atau hubungi team kami untuk bantuan kiraan kelayakan dan bantuan selanjutnya.
Memberi cadangan untuk membeli, ubahsuai atau membina rumah di atas tanah sendiri.
Adakah anda ingin menambahkan aset? kami sedaya upaya memberi khidmat nasihat dalam urusan pembelian tanah atau rumah terpakai. Usah menanggung risiko ditipu atau permohonan lewat diluluskan.
Anda mempunyai tanah dan bercadang untuk membina rumah? Dapatkan mentor atau khidmat nasihat bagi mengurangkan kos pembinaan dan melancarkan rancangan anda. Masalah yang sering timbul adalah apabila rumah lambat siap, material low quality dan juga rumah retak tidak sampai 1 tahun rumah siap. Elakkan daripada masalah ini menimpa anda. Kami juga ada menyediakan khidmat nasihat jika anda ingin membuat pengubahsuaian rumah.

Memang sudah menjadi kepakaran kami kerana ini merupakan rutin harian kami dalam memudahkan urusan pemaju, ejen hartanah, pemohon walk in yang menggunakan khidmat kami dalam urusan pembiayaan gov loan jadi kami pastinya sedia membantu anda untuk memberi khidmat nasihat untuk anda mengisi permohonan secara Online di portal permohonan pembiayaan LPPSA.

Anda tidak perlu menanggung risiko dari segi kewangan, masa yang mana sering berlaku kelewatan kelulusan akibat dokumen tidak lengkap dan menyebabkan dikenakan penalti oleh kerana kelewatan menjawab kuiri. Mudahnya urusan melalui pihak kami dimana dokumentasi diperiksa dengan lebih terperinci oleh team kami yg sangat berpengalaman lebih dari 8 tahun dimana dokumentasi tidak akan dihantar selagi tidak lengkap.

Misalnya jika anda tinggal di Johor dan anda perlu ke LPPSA di Putrajaya semata-mata untuk menghantar borang permohonan. Antara kos-kos yang terlibat :
Kos minyak | RM 100 |
Kos tol | RM 50 |
Kos makan minum | RM 50 |
Kos servis kereta dan lain-lain | RM 100 |
Jumlah keseluruhan | RM 300 |
Tidak perlu bazirkan wang dan masa menghantar dokumen permohonan anda ke LPPSA. Kami menyediakan khidmat penghantaran terus ke kaunter pusat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Putrajaya by hand sebaik sahaja khidmat pemeriksaan dokumen selesai. Anda tidak perlu risau kerana acknowlegdement penghantaran kaunter akan kami beri sebagai bukti penghantaran.
Nota: Penghantaran dokumentasi di MINDEF juga dibantu oleh runner. Berhubung dengan kami untuk bantuan lanjut.
Khidmat nasihat dan tuntutan polisi takaful (Kematian, Banjir atau Kebakaran)
Elakkan merasai pengalaman “Sudah jatuh ditimpa tangga”. MEP sedia membantu anda dalam urusan tuntutan polisi takaful jika anda ditimpa kematian, malapetaka alam atau kebakaran. Anda pasti akan mendapat tuntutan polisi anda dengan cepat.

Menjadi tanggungjawab kami untuk mengikuti perkembangan permohonan pinjaman anda sehingga diluluskan oleh pihak LPPSA. Kami amat menitik berat kelulusan pemohon dalam merialisasikan impian pemohon untuk memiliki rumah kediaman. Dapatkan khidmat after sale dari team-team kami tanpa sebarang bayaran.
Mudah? buat apa perlu susah kalau ada yang memudahkan

NOTA:
- LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan). Bantulah kami…
pihak kami akan sentiasa membantu anda dalam segala urusan hartanah dengan hanya sms / whatsapp admin sahaja.

PENAFIAN: mohdelam.com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah. Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
