Pertama kali mohon pembiayaan kerajaan? atau sudah pernah mohon tapi masih blur? Prosedur dari segi syarat serta garis panduan pembiayaan kerajaan iaitu dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akan sentiasa berubah mengikut keperluan semasa. Semestinya pemohon, pemaju, peguam serta ejen hartanah tidak familiar selok belok bagaimana membuat permohonan pembiayaan penjawat awam dengan mudah dan berjalan lancar. Ikuti langkah mudahnya urusan pembiayaan perumahan anda/ klien anda bersama team kami.

Perkara pertama yang wajib dilakukan adalah semak kelayakan semasa, berapa jumlah paling maksimum yang boleh dipohon. Bukan sekadar lihat kepada tangga kelayakan sahaja, namun perlu kira lebih terperinci untuk tahu amaun kelayakan semasa yang boleh mohon.
Perlu diketahui cara pengiraan kelayakan bagi pembiayaan petama dan kedua adalah berbeza kerana tertakhluk kepada garis panduan yg dikeluarkan pihak Lembaga Pembiyaan Perumahan Sektor Awam.

Selepas ketahui amaun kelayakan semasa, langkah seterusnya bukan membuat permohonan pembiayaan online, hal ini banyak berlaku dalam kalangan pemohon. Berniat untuk membeli tidak sama bagi meraka yang ada hartanah untuk dibeli.
Bagi yang mempunyai hartanah yang ingin dibeli atau telah bayar deposit, langkah yang seterusnya adalah perlu melantik peguam panel LPPSA untuk urusan pembiayaan, dan membuat permohonan online di portal permohonan pembiayaan.
Banyak perkara yang perlu dilihat semasa membuat permohonan online, penelitian amat perlu atau khidmat nasihat agar semua maklumat yang diisi lengkap dan tepat sebelum dimajukan ke pihak jabatan dan tindakan selanjutnya.

Apabila selesai permohonan online, seterusnya adalah penyediaan dokumentasi yang telah disenaraikan di portal. Perlu diketahui, penyediaan dokumentasi adalah perlu mengikut jenis pinjaman yang dipilih. Hal ini kerana, tidak semua dokumen tersenarai wajib disediakan, namum perlu disesuaikan dengan kriteria permohonan pemohon.
Penyediaan dokumentasi lengkap adalah sangat penting, kerana ini penentuan sama ada loan anda lulus atau kuiri. Sekiranya dokumen tip top, loan akan lulus segera, sebaliknya dokumen tidak lengkap, maka kelulusan ditangguh sehinggalah dokumen lengkap diterima pihak Lembaga.
Melalui team kami, selain bantuan kiraan kelayakan, khidmat nasihat, pengisian permohonan online, paling istemewa bimbingan penyediaan dokumentasi juga diberikan sehingga lengkap untuk memastikan loan pemohon segera lulus tanpa kuiri.

Cara penghantaran dokumentasi adalah sama ada melalui perkhidmatan kurier atau serahan tangan terus ke kaunter pusat. Namun, sekiranya menggunakan khidmat kurier, bukti penerimaan dokumentasi oleh pihak lembaga tidak diketahui melainkan semakan sendiri di laman web tracking kurier dan keadaan dokumen juga tidak diketahui.
Bagi menjamin dokumen sampai ke kaunter pusat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, dokumen pemohon dihantar sendiri oleh runner team dan bukti penghantaran juga akan diberi sebagai bukti.

Perkara yang dinanti-nanti adalah kelulusan, kelulusan mengambil masa tempoh 7-14 hari bekerja selepas dokumen sampai ke kaunter pusat. Sekiranya berlaku kuiri, kelulusan akan diberikan selepas kuiri dijawab dan lengkap. Disini tiada kemudahan semakan status, melainkan tunggu maklum balas dari pihak lembaga.
Namun, bantuan yang diberikan oleh team tidak terhenti begitu sahaja, bantuan follow up diberikan sehingga loan pemohon mendapat kelulusan.

Bagaimana? Memilih loan anda/ klien dipermudahkan atau sebaliknya? Bantuan terbuka kepada pemaju, peguam panel, ejen hartanah serta pemohon persendirian. Berpengalaman lebih 15 tahun, sehingga lebih 10,000 pembiayaan perumahan sektor awam (gov loan) telah menggunakan khidmat kami GOV LOAN EXPERT!