
PA TRAVEL
PA Travel ialah satu bentuk perlindungan kemalangan peribadi yang disediakan untuk melindungi peserta dari risiko yang mungkin berlaku sewaktu mengembara. Dalam ruangan ini, kami menyediakan pakej yang terbaik iaitu Ikhlas Kembara Takaful.
IKHLAS KEMBARA TAKAFUL
Merupakan salah satu produk Takaful Ikhlas yang dikhususkan untuk individu yang selalu mengembara jauh. Tujuan utama Ikhlas Kembara Takaful diperkenalkan adalah untuk memberi perlindungan kewangan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini. Pakej ini memberi perlindungan 24 jam di serata dunia serta membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga. Dengan menggunakan Ikhlas Kembara Takaful, seseorang individu dapat mengembara ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan risiko yang mungkin terjadi.


JADUAL MANFAAT
JADUAL SUMBANGAN (RM) *Perbelanjaan hospital bermaksud sekiranya peserta dimasukkan ke hospital, pihak takaful akan membayar sehingga RM 5,000
*Dalam jadual manfaat, perlindungan perubatan bermaksud pihak takaful akan membayar kos-kos perubatan bernilai RM 2,000
*Liabiliti persendirian merujuk kepada kecuaian yang menyebabkan peserta takaful tercedera.
RUJUKAN CONTOH KES
Contoh kes 1
Pejabat SUK Seremban ingin membuat lawatan ke Universal Studio,Singapore. Tempoh perjalanan pergi dan balik mengambil masa selama 3 hari. Berapakah bayaran yang akan dikenakan jika jumlah peserta seramai 20 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak (bawah 18 tahun)?
Cara pengiraan:
a) 19 tahun ke atas – RM 5.00 x 20 = RM 100.00
b) 18 tahun ke bawah – RM 2.50 x 10 = RM 25.00
c) Duti Setem: RM 10.00
Jumlah keseluruhan = RM 100 +RM 25 +RM 10 = RM135.00
**tidak termasuk gst
Contoh kes 2
Encik Ali ingin pergi ke Bandung bersama isteri dan 2 orang anaknya yang berumur 7 tahun dan 8 tahun. Beliau ingin berada disana selama 5 hari. Berapakah bayaran yang akan dikenakan kepada Encik Ali ?
Cara Pengiraan:
a) 19 tahun ke atas (Encik Ali dan isteri) – RM 5.00 x 2 = RM 10.00
b) 18 tahun ke bawah (2 orang anaknya) – RM 2.50 x 2 = RM5.00
c) Duti Setem = RM 10.00
Jumlah Keseluruhan = RM 10.00 + RM 5.00 + RM 10.00 =RM 25.00
**tidak termasuk gst
*NOTE: Sumbangan minimum RM 20.00 (tidak termasuk duti setem). Oleh itu, dalam kes ini, jumlah sumbangan yang perlu dibayar oleh Encik Ali ialah sebanyak RM30.00.
Berminat ???
Anda boleh menghantar nama dan nombor kad pengenalan dalam bentuk microsoft word ke alamat email kami, takaful2all@yahoo.com.my
NOTE PENTING:
1. Ikhlas kembara untuk umur 3 tahun ke 65 tahun sahaja
2. Dicadangkan untuk perjalanan pendek
3. Cadangan lain insurans Allianz
CARELINE : 017 23740069 (www.wasap.my/+601723740069)
Disemak oleh : Mohd Elam Bin Mohamed