
- Pembiayaan bersama melalui LPPSA telah wujud sejak LPPSA masih dalam BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) lagi. Namun pada 1 Januari 2018, pembiayaan bersama telah di pinda dengan memberi lebih kelonggaran kepada pasangan/ individu yang ingin mohon gov loan seperti yang tertera pada poster yang telah diringkaskan.
- Pembiayaan bersama adalah permohonan pembiayaan perumahan daripada dua atau lebih individu untuk membeli satu hartanah yang sama. Contoh ada seperti di bawah:

- Jumlah pembiayaan yang layak dimohon adalah tertakluk kepada kelayakan semasa setiap pemohon. Jenis pembiayaan bersama yang di benarkan adalah:
PB1: Bagi permohonan pembiayaan bersama antara kakitangan sektor awam, semua jenis pembiayaan adalah dibenarkan.
PB2: Bagi permohonan pembiayaan bersama antara pemohon kakitangan sektor awam dan pemohon kakitangan swasta, jenis pembiayaan yang dibenarkan adalah:
Jenis 1: Rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap; dan
Jenis 3: Rumah atau petak rumah kediaman yang dalam pembinaan.
Pembiayaan bersama ini boleh di mohon di mana-mana institusi kewangan/ agensi yang mempunyai skim pembiyaan tersendiri akan tetapi dengan syarat institusi kewangan/ agensi tersebut bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua. Kriteria bagi pemohon kakitangan swasta adalah tertakhluk kepada syarat garis panduan institusi yang memberi kemudahan pembiayaan dengan mengambilkira pemohon kakitangan kerajaan telah melepasi syarat asas pembiayaan LPPSA.
- Proses bagi mendapatkan pembiayaan bersama (PB2) daripada institusi kewangan lain bagi tujuan gadaian kedua adalah:1. Perlu mengemukakan permohonan kepada LPPSA terlebih dahulu;
2. Permohonan akan diluluskan dengan wang beza;
3. Pemohon boleh mengemukakan permohonan gadaian kedua kepada institusi kewangan yang berkenaan. - Institusi kewangan/ agensi yang bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua bagi pembiayaan bersama (PB 2) perlu dirujuk senarai yang dikeluarkan oleh LPPSA dari semasa ke semasa.
- Dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan bersama ada seperti berikut:
1. Sijil nikah/ perkahwinan (sekiranya pasangan suami/ isteri);
2. Sijil kelahiran anak (sekiranya pasangan ibu-bapa/anak).
*Rujuk careline/ admin kami sekiranya terdapat pertanyaan dan perlukan bantuan urusan pembiayaan sehingga lulus tanpa caj.
- Pembiayaan bersama ini adalah inisiatif yang ditawarkan oleh pihak LPPSA, maka diperingatkan untuk kemukakan permohonan kepada LPPSA terlebih dahulu dan permohonan kepada institusi boleh di buat selepas permohonan LPPSA diluluskan.
- Pemohon diwajibkan melantik peguam panel yang disenaraikan oleh LPPSA dan diwajibkan peguam yang sama bagi urusan pembiayaan bersama.
Rujukan:
• Laman sesawang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Disediakan oleh:
• Ieta Osman/ Admin/ 4 April 2020