PEMILIHAN KONTRAKTOR

Dalam prosedur membuat ubahsuai rumah atau membina rumah, pemilihan kontraktor memberi impak besar dalam kelancaran permohonan Bahagian LPPSA ( Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ). Kontraktor yang dicadangkan untuk dipilih bukanlah setakat mengubahsuai rumah sendiri, kontraktor biasa atau kontraktor yang tidak pernah menguruskan pinjaman LPPSA.  Justeru itu, pemohon perlu menitikberatkan faktor-faktor pemilihan kontraktor untuk membuat rumah atau mengubahsuai rumah kediaman anda.

Syarat yang ditetapkan oleh LPPSA untuk kontraktor ialah :

  • Mempunyai sijil kontraktor.
  • CIDB disamping SSM yang belum tamat tempoh.

Contoh Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB & sijil kontraktor:

Kenapa perlu memilih kontraktor yang betul?       

  • Ianya penting agar tidak berlaku kelewatan rumah disiapkan .
  • Agar tidak berlaku penolakan pinjaman kerajaan kerana ada kes, rumah dah siap ubahsuai baru permohonan dibuat.  Ini semua gara-gara salah pilih kontraktor.
  • Sekiranya kontraktor yang tidak berpengalaman pastinya kontraktor itu tidak tahu mengisi borang lengkap permohonan anda.
  • Kontraktor juga berkemungkinan tidak tahu prosedur kerja yang betul dan undang-undang kontraktor.  Contohnya, Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibentuk disetiap negeri.

Melantik pasangan (suami/isteri) sebagai kontraktor untuk bina atau ubahsuai rumah?

Boleh.  Asalkan kontraktor tersebut mempunyai surat kelulusan untuk membina rumah, mempunyai sijil/lesen khidmat kontraktor CIDB dan ROC yang masih belum tamat tempoh.

Peranan arkitek, kontraktor, pemohon dan peguam.

Arkitek ialah profesional yang ada tauliah Lembaga Arkitek Malaysia, yang dibenarkan merancang, mereka bentuk suatu projek binaan. Mereka mempunyai kepakaran dalam lukisan pelan binaan, lukisan pelan tender dan pelan pembangunan, susun atur bangunan di atas peta/tapak projek,

Kontraktor ialah orang/pihak yang diberikan kuasa dalam kerja-kerja pembinaan. Kontraktor di Malaysia perlu berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor PKK dengan syarat pendaftaran ditetapkan PKK.

Pemohon akan memberi cadangan reka bentuk rumah berpandukan kelayakan pemohon kepada kontraktor atau arkitek. Pemohon juga perlu memilih kontraktor yang betul.

Peguam akan siapkan perjanjian membina rumah dan submit  penilaian ke JPPH dan LPPSA akan membuat bayaran berdasarkan tuntutan daripada peguam.

Peguam akan memudahkan lagi kelulusan hartanah.  Urusan jual beli hartanah ini juga akan melibatkan isu-isu berkaitan undang-undang tanah.  Misalnya, tentang syarat-syarat urusan jual beli hartanah di bawah Rezab Melayu, borang-borang urusniga hartanah tertentu yang digunapakai sebagaimana yang dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan undang-undang tanah. Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu perundangan, pasti ia akan menyebabkan kesusahan kepada anda. Oleh itu, pentingnya peranan peguam dalam urusan jual beli hartanah.

Tips yang perlu dilakukan dan dielakkan dalam proses pemilihan kontraktor  

Flow Chart untuk Renovation atau Membuat  Rumah

Penjelasan:

  1. Untuk renovation, kontraktor hanya boleh memohon payment progress selepas pengubahsuaian rumah telah 50% siap.
  2. Untuk renovation rumah, kontraktor hanya boleh memohon payment melalui peguam.
  3. Untuk membina rumah, kontraktor boleh memohon payment progress beberapa kali mengikut percent (%) berdasarkan perkeliling LPPSA.

Kesimpulan

  •  Pemilihan kontraktor yang tepat memudahkan proses pembinaan atau pengubahsuaian rumah anda.
  •  Pastikan kontraktor yang anda lantik mempunyai lesen kontraktor yang disahkan(belom tamat tempoh) dan mempunyai kemahiran dan pengalaman.

NOTA :

  • LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam), dahulunya dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

Bantulah kami ..

Pihak kami amat berbesar hati dengan lawatan anda ke website kami. Anda dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak artikel ini untuk rujukan anda mahupun memaklumkan laman ini kepada rakan-rakan yang lain.



Antara Senarai Soal Jawab:

PEMILIHAN KONTRAKTOR>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.


Rujukan:

  • Laman Web Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
  • Pengurus & Konsultan MEP
  • Pakar perunding pinjaman perumahan kerajaan

Dikemaskini oleh  :

  1. Disediakan oleh    : Iffa Azira Binti Azmi / Politeknik PortDickson / N.Sembilan / Mac2012
  2. Siti Zawiyah Binti Shuib / UiTM Melaka / Melaka / Mac2013
  3. NurFarahin Binti Sahari / Politeknik Merlimau / Melaka / Disember2014
  4. Noor Erna Binti Ali / Unifield International College / Melaka / Januari2016

 Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *