Takaful Pemilik Isi Rumah Kediaman/ House Holder
Takaful pemilik isi rumah memberikan perlindungan ke atas harta benda anda terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Takaful pemilik isi rumah melindungi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana kepada isi kandungan rumah termasuk barangan di dalam rumah dan pelbagai barangan peribadi yang merupakan harta benda peserta atau anggota keluarga yang biasanya tinggal bersama peserta.
Skop Perlindungan Takaful Pemilik Isi Rumah
Berikut adalah contoh bencana yang berlaku dan akan melindungi isi rumah kediaman anda:

Apabila anda menyertai takaful pemilik isi rumah, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’). Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta menanggung kerugian terhadap kediaman atau kandungan kediaman beliau. Pada tempoh matang, anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan. Lebihan ini akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian lebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.
Pengecualian Manfaat
Skim ini tidak melindungi kejadian berikut:
- Kerugian atau kerosakan disebabkan peperangan, penakhlukan atau penawanan oleh musuh asing, operasi perang (diisytihar atau tidak) dan perang saudara.
- Dahagi (rusuhan pemberontakan) revolusi, pemberontakan tentera atau rampasan kuasa, penguatkuasaan undang-undang tentera atau perkara-perkara yang menyebabkan ia diisytiharkan atau darurat.
- Kerugian atau kerosakan yang disebabkan arahan pengambilalihan atau pemusnahan atau kerosakan harta benda di atas perintah Kerajaan atau Penguasa Tempatan.
- Kerugian atau kerosakan disebabkan gelinciran atau pergerakan pemendapan atau tanah runtuh kecuali disebabkan gempa bumi atau letusan gunung berapi.
Kaedah Tuntutan Pampasan Pemilik Rumah
Prosedur tuntutan dan pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai adalah seperti berikut:-
- Permohonan Tuntutan.
- Permohonan tuntutan Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai hendaklah di buat terus kepada Syarikat Insurans/Takaful yang tuan lantik semasa kelulusan pinjaman.
- Pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai
- Jika amaun pampasan berjumlah RM5,000 dan kurang, Syarikat Insurans/Takaful yang berkenaan akan membuat bayaran terus kepada peminjam.
- Jika amaun pampasan berjumlah melebihi RM5,000, bayaran RM5,000 pertama akan dibayar terus oleh Syarikat Insurans/Takaful yang berkenaan kepada peminjam manakala bakinya akan dibayar oleh LPPSA kepada peminjam;
- Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut format di Lampiran 1 tertakluk kepada :-
- Bilangan tuntutan keseluruhannya tidak melebihi 4 kali; dan
- Tuntutan 20% terakhir hendaklah disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
- Pembayaran akan dibuat di atas nama peminjam.
Contoh Quotation House Holder:

TAKAFUL ISI RUMAH KEDIAMAN
*Klasifikasi Bangunan

*Definasi Klasifikasi Bangunan

Contoh kelulusan untuk pemilik rumah: Kelulusan.pdf
Untuk makluman anda, kami masih dalam proses pengubahsuaian laman web ini. Sekiranya terdapat cadangan atau idea yang bernas, maka pihak kami amatlah mengalu – alukannya agar dapat meningkatkan lagi mutu laman web ini dan menjadi lebih baik.
Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728)
Sumber:
- http://www.takaful.com.my/MRTA.htm
- http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp031994.pdf
- http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/soalan-lazim/pengeluaran-bayaran/tuntutan-pampasan-kebakaran-bencana-alam
Disediakan Oleh: Nurul Syafiqah bt Ab Latip / UITM Shah Alam / Sept2015
Dikemaskini Oleh: Nur Fatin Binti Mohd Hamami / UMS / Julai2017
Disemak Oleh : Mohd Elam Bin Mohamed
Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :
Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.
- Nak bina rumah atas tanah sendiri? Apakah yang perlu dilakukan untuk membina rumah di atas tanah sendiri??Klik di sini ! PANDUAN 2 : Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri
- “Saya kakitangan kerajaan, macam mane hendak memilih peguam untuk membantu saya membeli rumah terpakai (secondhand house).” Ramai yang bertanya persoalan ini. Apakah kepentingan peguam dalam proses pinjaman anda. Jawapannya ada di link ini ! PANDUAN 3 : Pemilihan Peguam
- Ingin tahu maklumat menarik tentang kelebihan & perbezaan antara SPPP & SPPPI? Klik di sini ! PANDUAN 4 : SPPP Dan SPPI
- Dah dapat surat setuju terima? Tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu? Klik di sini ! PANDUAN 5 : Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
- Permohonan membeli rumah bersama BPPP anda lambat mendapat kelulusan? Kenapa hal ini berlaku??Klik di sini untuk maklumat lanjut! PANDUAN 6 : Permohonan Lambat Lulus
- Kelebihan Mohd Elam & Partner (MEP)..Klik di sini untuk maklumat lanjut…PANDUAN 7 : Kelebihan Berurusan dengan MEP
- Buntu untuk membeli rumah? Apakah implikasi jika anda lambat membeli rumah?? Semua jawapan ada di link ini. PANDUAN 8 : Tips Membeli Rumah
- Anda hendak membina rumah atau renovation di atas tanah sendiri?? Klik di sini untuk panduan lanjut! PANDUAN 9 : Pemilihan Kontraktor
- Kepentingan pewaris/penama dalam pinjaman atau insurans. Perlu lebih maklumat tentang penama atau pewaris?? Klik di sini! PANDUAN 10 : Penama/waris
- Adakah saya layak membuat pinjaman BPP?? Klik di sini!PANDUAN 11 : Syarat Pinjaman BPPP
- Kenapa saya perlu buat penilaian hartanah JPPH?? Klik di sini!PANDUAN 12 : Penilaian JPPH
- Kenapa deposit rumah saya tinggi?? Klik di sini untuk maklumat lanjut…PANDUAN 13 : Deposit Rumah
- Anda buntu memilih Insurans /Takaful yang sesuai untuk membuat pinjaman perumahan ?? Pilih dan klik di sini
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/
Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..
Perkhidmatan Kami di BPPP (Version 2)

Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)