PEMILIK RUMAH KEDIAMAN

Takaful Pemilik Rumah Kediaman/ House Owner

Takaful pemilik rumah memberikan perlindungan ke atas rumah kediaman anda terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Takaful pemilik rumah bukan sahaja melindungi rumah anda tetapi turut merangkumi garaj, bangunan luar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumah anda serta lekapan dan lengkapan kekal. Ia tidak melindungi bangunan yang digunakan bagi tujuan komersial seperti restoran, kilang atau tempat menyimpan barang dagangan. Secara amnya, takaful pemilik rumah melindungi rumah atau bangunan.

Skop Perlindungan Takaful Pemilik Rumah

Berikut adalah contoh bencana yang berlaku dan akan melindungi bangunan/rumah kediaman anda:

Apabila anda menyertai takaful pemilik rumah, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’). Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta menanggung kerugian terhadap kediaman atau kandungan kediaman beliau. Pada tempoh matang, anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan. Lebihan ini akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian lebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Pengecualian Manfaat

Skim ini tidak melindungi kejadian berikut:

  • Kerugian atau kerosakan disebabkan peperangan, penaklukan atau penawanan oleh musuh asing, operasi perang (diisytihar atau tidak) dan perang saudara.
  • Dahagi, rusuhan, pemberontakan, revolusi, pemberontakan tentera atau rampasan   kuasa,   penguatkuasaan undang-undang tentera atau perkara-perkara   yang   menyebabkan   ia diisytiharkan atau darurat.
  • Kerugian   atau   kerosakan   yang disebabkan arahan pengambilalihan atau pemusnahan atau kerosakan harta benda di atas perintah Kerajaan atau Penguasa Tempatan.
  • Kerugian atau kerosakan disebabkan gelinciran atau pergerakan pemendapan atau tanah runtuh kecuali disebabkan gempa bumi atau letusan gunung berapi.

Kaedah Tuntutan Pampasan Pemilik Rumah

Prosedur tuntutan dan pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai adalah seperti berikut:-

  1. Permohonan Tuntutan.
  2. Permohonan tuntutan Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai hendaklah di buat terus kepada Syarikat Insurans/Takaful yang tuan lantik semasa kelulusan pinjaman.
  3. Pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai
  4. Jika amaun pampasan berjumlah RM5,000 dan kurang, Syarikat Insurans/Takaful yang berkenaan akan membuat bayaran terus kepada peminjam.
  5. Jika amaun pampasan berjumlah melebihi RM5,000, bayaran RM5,000 pertama akan dibayar terus oleh Syarikat Insurans/Takaful yang berkenaan kepada peminjam manakala bakinya akan dibayar oleh LPPSA kepada peminjam;
  6. Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut format di Lampiran 1 tertakluk kepada :-
  7. Bilangan tuntutan keseluruhannya tidak melebihi 4 kali; dan
  8. Tuntutan 20% terakhir hendaklah disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
  9. Pembayaran akan dibuat di atas nama peminjam.

Contoh Quotation House Owner:

TAKAFUL PEMILIK RUMAH KEDIAMAN

*Klasifikasi Bangunan

Contoh kelulusan untuk pemilik rumah: Kelulusan.pdf

Untuk makluman anda, kami masih dalam proses pengubahsuaian laman web ini. Sekiranya terdapat cadangan atau idea yang bernas, maka pihak kami amatlah mengalu – alukannya agar dapat meningkatkan lagi mutu laman web ini dan menjadi lebih baik.


Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728)

Sumber:

  • http://www.takaful.com.my/MRTA.htm
  • http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp031994.pdf
  • http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/soalan-lazim/pengeluaran-bayaran/tuntutan-pampasan-kebakaran-bencana-alam

Disediakan Oleh: Nurul Syafiqah bt Ab Latip / UITM Shah Alam / Sept2015

Dikemaskini Oleh: Nur Fatin Binti Mohd Hamami / UMS / Julai2017

Disemak Oleh : Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/

http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di BPPP (Version 2)

Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB) 

Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *