PERMOHONAN LAMBAT LULUS/ KUIRI?

Permohonan pinjaman anda LAMBAT LULUS? sebab utama kenapa permohonan anda lambat lulus adalah dokumen tidak lengkap dan berlakunya kuiri. Bagaimana dokumen hendak diproses jika borang diisi tidak lengkap, dokumen sokongan tidak disertakan, tiada pengesahan dokumen dan sebagainya. Apabila tidak lengkap, maka akan berlaku kuiri atau loan boleh dibatalkan oleh pihak LPPSA. Sekiranya kuiri dijawab dan masih tidak lengkap lagi, maka kuiri dilanjutkan sehingga dokumen yang betul diterima dalam tempoh 30 hari bekerja. Kelewatan menjawab kuiri dari tempoh, permohonan akan terbatal secara automatik. Sekali urusan kuiri dan memberi jawapan…saudara/saudari telah membuang masa yang berharga  selama lebih 10 hari dan permohonan pinjaman anda lambat diluluskan sudah cukup memberi impak kepada pihak penjual yang mengharapkan kelulusan segera selanjutnya berisiko untuk dikenakan denda lewat.

Kurang mahir..

Lain pinjaman lain syaratnya, lain prosedurnya, lain jalannya, lain dokumennya, lain caranya. Bila kurang mahir, banyak masalah akan timbul. Banyak yang kurang pasti, tak tahu apa yang perlu, tiada perancangan awal, tiada persediaan.

Dengan kelemahan akibat kurang mahir tadi akan menyebabkan urusan pinjaman perumahan tidak lancar dan tergantung. Maka, menyumbang kepada kelewatan permohonan anda diluluskan.

Kekerapan kesilapan yang berlaku pada dokumen permohonan..

1. Surat Iringan dari Ketua Jabatan

  • Permohonan pinjaman perumahan mestilah disertakan dengan surat iringan ketua jabatan mengikut format baru yang telah disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
  • Surat iringan ketua jabatan boleh dicapai melalui laman web rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Berikut adalah beberapa contoh surat iringan:

(surat iringan) 

 (surat iringan untuk tentera)

*kesilapan:

  1. Surat iringan tidak mengikut garis panduan LPPSA.
  2. Terdapat tanda conteng/liquid/padam terutama pada pilihan syarikat insuran/takaful. 
  3. Tidak meletakkan no kad pengenalan awam/tentera.
  4. Pemilihan insuran berbeza dengan borang permohonan pembiayaan LPPSA

2. Borang Permohonan Pembiyaan – LPPSA

  • Borang permohonan penting dan wajib diisi untuk mohon pinjaman. Ianya mestilah diisi dengan lengkap supaya tiada kesulitan dalam proses permohonan.
  • Anda boleh membuat pembetulan secara manual jika berlaku kesilapan dalam mengisi borang permohonan. Sebaiknya anda lampirkan surat tentang pembetulan kepada LPPSA.
  • Adalah lebih baik hubungi pihak LPPSA untuk reset dan buat pengisian semula, kerana pihak LPPSA tidak lagi sediakn perkhidmatan pembetulan maklumat melalui talian.
  • Borang permohonan mestilah lengkap beserta dokumen sokongan. Anda boleh menyemak senarai dokumen bagi setiap jenis pinjaman. Ini adalah senarai semakan yang boleh dirujuk untuk pengetahuan yang lebih lanjut.

*contoh kesilapan:

  1. Tidak mengisi semua maklumat borang online dengan lengkap.
  2. Tidak mengisi jenis pinjaman dan skim pinjaman. Tidak mengisi maklumat harta dengan lengkap.
  3. Tidak tandatangan di pengakuan pemohon dan perakuan ketua jabatan

3. Borang Akuan Pilihan Insuran

  • Borang akuan pilihan insuran atau takaful menunjukkan jenis insuran atau takaful yang dipilih oleh pemohon. Pemilihan insuran mestilah sama dengan pilihan insuran di Surat Iringan.
  • Fikir-fikirkanlah dan pilihlah syarikat insurans/takaful yang terbaik untuk anda.

*contoh kesilapan:

  1. Terdapat tanda conteng/liquid/padam pada pilihan nama syarikat Insuran/Takaful.
  2. Tiada tandatangan peminjam dan ketua jabatan.
  3. Pilihan Insuran Surat Iringan tidak sama dengan pemlihan Insurans pada Borang Akuan Pemilihan Insuran/Takaful.

4. Slip Gaji  

  • Slip gaji atau payslip boleh dibuat secara online.
  • Cuma 1 sahaja slip gaji yang diperlukan dan hendaklah daripada 1 bulan yang terakhir, atau boleh lampirkan 3 bulan terkini. Anda boleh klik link ini untuk cetak slip gaji yang terbaru http://www.anm.gov.my/

*contoh kesilapan:

  1. Slip gaji yang lama.
  2. Tidak ada cop pengesahan dari Ketua Jabatan.

5. Borang 1  

  • Borang 1 ialah borang permohonan laporan penilaian harta yang perlu diserahkan ke Pejabat Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) yang terdekat. Borang 1 akan tamat tempoh dalam masa 6 bulan.
  • Serahkan Borang 1, salinan S & P, surat dari ketua jabatan dan geran kepada JPPH yang terdekat dengan harta tersebut.
  • Borang 1  perlu diisi dan diserah ke JPPH jika anda memohon pinjaman jenis 1-7 kecuali pinjaman jenis 3.
  • Perlu dapatkan perakuan daripada JPPH sebagai bukti penyerahan atau sesetengah JPPH memberi penerimaan.
  • Anda boleh klik link ini untuk maklumat lanjut mengenai JPPH: http://www.jpph.gov.my/v2/index.php?versi=2

Borang yang diperlukan semasa memohon penilaian harta:

√ Borang 1
√ Salinan Geran
√ Salinan S&P (Sale and Purchase Aggreement)                   

6. Borang 7    

  • Borang 7 ialah persetujuan untuk menggadaikan bahagian yang tidak dipecahkan di atas tanah/petak kepada kerajaan oleh bukan pemohon.\
  • Borang ini perlu disertakan dalam semua jenis pinjaman. (Pinjaman Jenis 1 hingga Jenis 7. Surat Pengesahan Keupayaan Jelas Wang Beza
  • Ini adalah surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza di antara harga belian dengan amaun pinjaman yang diluluskan.
  • Anda boleh klik link ini untuk contoh surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza.

8.Geran

  • Geran ialah hakmilik tanah. Terdapat dua jenis geran individu atau geran strata.
  • Geran individu ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli tanah itu bagi rumah yang dibina atas tanah. (banglo,teres,semi D)
  • Geran strata ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli rumah jenis flat/pangsa/kondo/apartment.
  • Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.

*contoh kesilapan:

  1. Geran tidak dilampirkan.
  2. Geran tidak disahkan oleh jabatan.                         

9.1 Carian rasmi
Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar dan carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh pendaftar.

Kelayakan Pemohon:
Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

Kaedah Permohonan
√ Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut Seksyen 384 Kanun Tanah Negara (KTN).
√ Bayaran permohonan carian rasmi sebanyak RM50.00

Permohonan:
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

*Contoh Sijil Carian Rasmi

9.2 Carian Persendirian
Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar.

Kelayakan Pemohon:
Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

Kaedah Permohonan
√Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Persendirian yang      dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut                Seksyen 384 Kanun Tanah Negara (KTN).
√ Bayaran permohonan carian persendirian sebanyak RM30.00

Permohonan:
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

*Contoh Sijil Carian Persendirian


Penolakan permohonan pinjaman perumahan..

Contoh penolakan diatas berlaku kerana gagal memenuhi peraturan permohonan pinjaman perumahan seperti yang dinyatakan dibawah:

  1. Tidak kemukakan salinan hakmilik atas nama penjual.
  2. Tiada laporan penilaian harta daripada Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
  3. Borang 6 (Aku janji pemohon menanggung rugi) *Lengkap dengan no KP saksi.

Implikasi dokumen tidak lengkap..

  1. Pemohon pinjaman akan lambat lulus.
  2. Pemohon akan dikenakan interest terutama pinjaman jenis 1, 3 dan 4.
  3. Jika kelewatan melebihi 3 Bulan, Pihak LPPSA akan meminta pemohon menyerahkan  Dokumen terbaru seperti :
    √ Penyata baki hutang 6 Bulan ke hadapan
    √ Laporan Penilaian terbaru (tamat tempoh tidak melebihi 6 Bulan)
  4. Orang yang terdekat dengan pemohon akan merasa kerugian jika berlaku perkara yang tidak di ingini (meninggal dunia) sebelum pemohon membeli rumah yang diluluskan LPPSA.


Nota:

  • LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan)

BANTULAH KAMI…!!!!
Pihak kami amat berbesar hati dengan lawatan ANDA ke website kami. ANDA dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak artikel ini untuk rujukan ANDA mahupun memaklumkan laman ini kepada rakan-rakan yang lain. Semuanya adalah percuma tanpa dikenakan caj mahupun bayaran.Kami mohon ANDA buat 1 perkara iaitu tolong sms kepada pihak admin ditalian: 019- 6692728 (www.wasap.my/+60196692728)

Contoh SMS atau whatsApp:
“terima kasih kerana memberikan maklumat serta perkhidmatan yang memuaskan dan mudah untuk difahami.

  • Sila rujuk kepada kami yang pakar dalam bidang ini untuk kemudahan anda semua dan semuanya percuma.
  • Sesuatu kelewatan itu bermula apabila anda tidak menyempurnakan dokumen dengan lengkap.
  • Jika ada sebarang persoalan atau keraguan tentang pinjaman anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa di talian careline 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728).


 

Antara Senarai Soal Jawab:

PERMOHONAN LAMBAT LULUS>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.


Rujukan :

  1.   Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  2.   POS Malaysia
  3.   Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  4.   Perunding Bahagian Pinjaman Perumahan Berpengalaman
  5.   Bank Islam Malaysia Bhd

Disediakan Oleh :   Rabitah Osman/Politeknik Nilai/N.Sembilan/Julai2012

Dikemaskini Oleh :

  • Siti Zawiyah Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2011
  • Nurfitrah Hidayah Binti Zakaria / Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah / Kuantan / Januari2014
  • Ros Hanita Bt Daut / Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah / Shah Alam / Disember2014
  • Nurul Syahirah Binti Mohd Amir / Kolej UNITI / Negeri Sembilan/Januari2016

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *