Latihan Industri
1. Jurusan apakah yang diterima di Mohd Elam & Partner Management Services untuk pelajar yang ingin menjalani latihan industri ?
(J): Pihak kami menerima bidang yang berkaitan dengan bidang perdagangan, kewangan, pemasaran dan multimedia/ICT.
2. Apakah keistimewaan menjalankan latihan industri di Elam & Partner Management and Services?
J): Antara keistimewaan yang ada di Mohd Elam & Partner Management and Services ialah pihak syarikat menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan bagi pelatih yang tinggal jauh dari pejabat dan yang tidak menetap di Melaka. Anda juga berpeluang menduduki exam MII, TBE dan FMUTM. Anda juga berpeluang mempelajari bidang insurans dan kepelbagaian bidang insuran serta takaful. Pelajar juga akan menerima elaun RM100 sebulan + komisen tanpa had mengikut kerajinan.
3. Apakah kemudahan yang terdapat didalam tempat penginapan semasa menjalani latihan industri di syarikat ?
(J): Kemudahan yang terdapat di tempat penginapan bagi pelajar yang menjalani praktikal seperti katil beserta, televisyen, almari, kipas, dapur gas, peti ais, dan sebagainya.
4. Adakah syarikat menyediakan pengangkutan ke tempat kerja?
(J): Ya, kenderaan yang disediakan oleh pihak syarikat adalah sebuah kereta kancil tetapi terhad sahaja mengikut budi bicara pihak syarikat.
5. Berapakah jumlah insentif yang diberikan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat ini?
(J): Syarikat akan memberi insentif / komisen tiada had, mengikut kerajinan seseorang pelajar tersebut.
6. Dimanakah lokasi syarikat?
(J): Syarikat terletak di No 71 – 1, Jalan PJ 1, Pertam Jaya Business Centre, Padang Temu, Semabok 75050 Melaka. Syarikat juga berhampiran dengan Hotel Sunflower.
7. Apakah tugas yang akan dilakukan ketika menjalani latihan praktikal?
(J): Pihak syarikat akan menyediakan modul yang berkaitan dengan tugas yang diberi. Modul ini akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar praktikal yang telah menjalani latihan disini. Antara modul yang akan dilaksanakan adalah modul pengurusan, modul treasury dan modul general (motor dan non-motor).
8. Siapa yang perlu mengikuti modul pembelajaran?
(J): Setiap pelajar praktikal wajib mengikuti modul pembelajaran. Modul ini akan berlangsung selama seminggu pada minggu pertama. Tujuan modul ini dijalankan adalah untuk memudahkan pelajar mahir tentang selok belok syarikat, tahu menggunakan peralatan pejabat dan melicinkan urusan syarikat di masa akan datang.