SURAT SETUJU TERIMA LPPSA

Apa Itu Surat Setuju Terima?

Surat Tawaran Kelulusan SPPSA/ SPPSAi dahulunya dikenali sebagai Lampiran E, surat setuju terima atau istilah lainnya Surat Lulus. Apabila LPPSA telah meluluskan permohonan, maka pihak pemohon perlu muat turun lampiran kelulusan di emel yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan atau boleh dapatkan di portal LMS iaitu akaun permohonan pembiayaan LPPSA pemohon.

Surat kelulusan SPPSA/ SPPSAi Pembiayaan LPPSA

Didalam Surat tawaran kelulusan terkandung butiran kelulusan pembiayaan LPPSA dari segi maklumat harta, amaun kelulusan, perlindungan insurans/ takaful, bayaran balik, butiran skim pembiayaan serta memorandum penerimaan dll. Sebelum peminjam menurun tanda tangan penerimaan kelulusan, peminjam perlu meneliti butiran kelulusan dan pastikan segala butiran adalah tepat. Kesalahan yang terdapat dalam butiran kelulusan, boleh menyebabkan urusan selepas lulus lebih rumit dan memberi risiko kepada urusan gadaian, perlindungan insurans/ takaful, pengeluaran bayaran dan boleh mengakibatkan pinjaman terpaksa dibatal. Sejurus itu, peminjam perlu muat turun dan wajib mencetak lampiran tersebut sebanyak 4 salinan bagi keperluan berikut:

  1. Simpanan sendiri
  2. Peguam
  3. Jabatan dan
  4. Pemaju/Kontraktor

  • Apabila peminjam menurunkan tandatangan di surat tawaran kelulusan ini, bererti peminjam telah bersetuju di atas permohonan pinjaman perumahan yang dibuat bersama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
  • Setelah peminjam mencetak surat tawaran kelulusan dari LPPSA, peminjam hendaklah menghantar dokumen kelulusan tersebut (muka surat 6 sahaja) ke LPPSA setelah menurunkan tandatangan dan pengesahan dari peguam.
  • Setelah surat tawaran kelulusan ditandatangani oleh peminjam dan pihak peguam maka perlindungan insurans akan bermula dari tarikh tandatangan yang diturunkan oleh peminjam.
  • Setelah peminjam menurunkan tanda tangan persetujuan pinjaman, peminjam dinasihatkan untuk menghantar semula dokumen kelulusan tersebut ke LPPSA/peguam dengan segera dalam tempoh selama 30 hari bekerja. Risiko kelewatan boleh mengakibatkan pinjaman akan terbatal secara automatik.

*Tambahan

Terdapat penambahan lampiran yang dikeluarkan oleh pihak LPPSA bagi peminjam iaitu butiran sekiranya pembatalan dibuat  dan butiran  skim pembiayaan yang dipilih pemohon. Slik klik pada gambar untuk lihat keterangan lampiran oleh LPPSA.

Butiran lanjut Surat Tawaran Kelulusan SPPSA/ SPPSAi  pembiayaan LPPSA:

Muqasah

Muqasah ialah satu amaun kurangan daripada jumlah keuntungan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi pembiayaan SPPSAi. Jumlah sebelum muqasah dan selepas muqasah adalah berbeza kerana:

Sebelum muqasah: bayaran lebih tinggi kerana jumlah kadar keuntungan (interest) adalah 7%. Biasanya jumlah bayaran bulanan adalah lebih tinggi berbanding selepas MUQASAH. Bayaran ini berlaku kerana peminjam ingkar membuat bayaran mungkin kerana diberhentikan perkhidmatan atau bersara terlalu awal.

Selepas muqasah: bayaran lebih rendah kerana jumlah kadar keuntungan (interest) adalah 4%.  Biasanya jumlah bayaran bulanan adalah lebih rendah berbanding sebelum MUQASAH. Inilah bayaran dimana peminjam perlu bayar setiap bulan.

Cara-cara muat turun Surat Kelulusan Pinjaman :

Lampiran kelulusan boleh di muat turun dari portal LMS

  1. Layari  portal LMS iaitu akaun permohonan pembiayaan LPPSA.
  2. Klik butang LOGIN .
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Klik status pinjaman.
  5. Muat turun & cetak

Kesan Pembatalan Pinjaman

Sekiranya peminjam berniat untuk membuat pembatalan pembiayaan yang telah lulus:

  1. Jika pemohon sudah menandatangani surat tawaran kelulusan dan ingin membatalkan/pindaan pinjaman perumahan tersebut, anda disarankan membuat surat bertulis segera ke pihak LPPSA.
  2. Pemaju akan mengenakan denda/ interest melalui peguam jika berlaku kelewatan bayaran berdasarkan pinjaman jual beli (sale & purchase agreement) S&P.  Merujuk pinjaman jenis 1, 3 dan 4 sahaja.
  3. Insurans/ takaful tidak akan membayar pampasan jika surat tawaran kelulusan belum ditandatangani oleh peminjam dan ketua jabatan.
  4. Tiada implikasi akan berlaku jika peminjam ingin membatalkan pinjaman jika peminjam belum menghantar surat tawaran kelulusan ke LPSSA.
  5. Jika pemohon tidak menerima surat tawaran kelulusan mungkin disebabkan email pemohon tidak lengkap/ditukar, rujuk semula pihak LPPSA.
  6. Jika membuat loan LPPSA,  insurans/ takaful akan diserap ke dalam loan dan jika membuat loan bank insurans boleh diasingkan/dimasukan ke dalam loan.

Antara implikasi untuk pembatalan pinjamannya pula adalah :-

  1. Anda akan dikenakan kadar faedah (interest) sebanyak 7% jika terlewat membuat bayaran (kadar biasa ialah 4%).
  2. Nilai kelayakan pinjaman akan berkurangan.
  3. Pemohon dikenakan bayaran kos perlindungan Takaful.
  4. Banyak proses akan dibuat.

Soalan lazim

Kesimpulan

  • Surat kelulusan adalah penting  kerana ia menunjukkan yang permohonan pinjaman oleh pemohon telah diluluskan oleh LPSSA.
  • Sekiranya ingin menolak pinjaman dan memohon pinjaman baru, tetapi pinjaman telah diluluskan, pastikan anda belum turunkan tandatangan dan belum hantar surat ke LPSSA.
  • Pastikan  peminjam menghantar surat setuju terima ke LPSSA dengan segera, walaupun menerimanya hari ke-14.


Nota : LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Pembendaharaan).

Pihak kami amat berbesar hati dengan lawatan ANDA ke website kami. Anda dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak artikel ini untuk rujukan ANDA mahupun makluman laman ini kepada rakan-rakan yang lain.

Semuanya adalah PERCUMA!!
kami memohon ANDA membuat satu perkara iaitu sms kepada pihak admin di talian : 019 669 2728 (www.wasap.my/+60196692728)

maklumkan ucapan ikhlas ANDA:

Contoh sms/whatsapp “Terima Kasih kerana memberikan capaian maklumat yang mudah dan berinformasi……….”


PAUTAN

Antara Senarai Soal Jawab:

SURAT SETUJU TERIMA>>
     (klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Rujukan :

  • Laman web Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
  • Pakar Perunding Pinjaman Perumahan Kerajaan
  • Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PR 1.1/2014)

Disediakan oleh   : Norfarahind bt Md Nasir/Politeknik PortDickson/N.Sembilan/Mac2012

Dikemaskini oleh :

  • Siti Zawiyah Binti Shuib / UiTM Melaka / Melaka / Mac2013
  • Nurfitrah Hidayah Binti Zakaria / Polisas / Pahang / Mac2014
  • Rohayu Binti Md.Rasim / PMM Melaka / Disember2014
  • Noor Naddia Aida Binti Mohd Nizam / Unifield / January 2016

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed.


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com.my/mortgage/insurans/pilih-tm/


Perkhidmatan Kami di LPPSA(Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *