SYARAT PINJAMAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Syarat asas pembiayaan merupakan perkara utama yang perlu dilihat oleh pemohon sebelum memulakan permohonan. Syarat yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembiayaan perumahan Sektor Awam (LPPSA) ini tertakhluk dibawah Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2021

SYARAT -SYARAT KELAYAKAN

Syarat Kelayakan
Individu yang layak memohon kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam  di bawah lembaga, berdasarkan syarat-syarat berikut:

Orang yang layak, yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.

Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
i. suami dan isteri; atau
ii. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak.

Syarat Pemohon

BILPENDAPATAN BERSIHKELAYAKAN MAKSIMUM
16,500 ke atas750,000
26,000720,000
35,700680,000
45,500650,000
55,000600,000
64,700560,000
74,500540,000
84,300510,000
94,000470,000
103,800450,000
113,500420,000
122,900340,000
132,300270,000
14Sehingga 1,700200,000

Nota;
i. ‘Pendapatan Bersih’ bermaksud jumlah gaji pokok dan elaun tetap ditolak dengan potongan wajib yang diambilkira oleh Lembaga.

ii. ‘Elaun tetap’ bermaksud elaun yang diterima oleh pemohon dan diambilkira oleh Lembaga iaitu:

Jenis KelayakanPinjaman PertamaPinjaman Kedua
Jumlah PemohonanPertama kali memohon pinjaman perumahan dengan LPPSAKali kedua memohon setelah menyelesaikan hutang pinjaman pertama dengan LPPSA (kecuali pinjaman jenis 7)
Anggaran Bayaran Balik (ABB)Jumlah potongan untuk bayaran pinjaman perumahan tidak boleh melebihi 80% dari gaji Hakiki semasa + elaun yang diambil kira:

i. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW)
ii. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan;
iii. Imbuhan tetap Jawatan Utama/ Khas (ITJU)
iv. Elaun Sara Hidup
v. Elaun Memangku
Kelayakan pinjaman keduan tertakluk kepada ansura¬n bulanan tidak melebihi 50 peratus termasuk bayaran balik pembiayaan pertama daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambi kira oleh lembaga
Jenis Pinjaman Yang DitawarkanPinjaman jenis 1: Membeli rumah atas petak rumah yang telah siap
Pinjaman jenis 2: Membina rumah di atas tanah sendiri
Pinjaman jenis 3: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.
Pinjaman jenis 4: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Pinjaman jenis 5: Menyelesaikan hutang pinjaman bank/institusi kewangan
Pinjaman jenis 6: Membina rumah kediaman di atas tanah yang dibeli melalui institusi kewangan (LPPSA)
Pinjaman jenis 7: Membuat kerja ubahsuai rumah

->Soalan lazim pinjaman Pertama daripada sumber LPPSA disini.

Jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan


Carta alir memohon pembiayaan gov loan -LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)


Nota:

BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan) kini dikenali sebagai LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)

Bantulah kami untuk memajukan dan memberikan impak besar dalam syarikat ini.


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.


Rujukan:

Disediakan oleh:

  1. Faraintan Syahida Bte Northani / Politeknik Nilai / Negeri Sembilan / Oktober 2014
  2. Farhana Binti Ariffin / UPSI / Perak / Disember 2014
  3. Mohammad Ikhmal Bin Jafpree / PMK / Melaka / November 2015
  4. Nurul Wahida Binti Rasidik / KUIPSAS / Pahang / November 2017

Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan

Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *