Tanah Pertanian Geran Kongsi Pemilikan Bersama.

Antara kelemahan memiliki tanah pertanian geran kongsi pemilikan bersama ini adalah:

  1. Keluasan dan kedudukan sebenar bahagian tanah tidak dapat ditentukan dengan jelas dalam geran oleh kerana dari segi undang-undang, semua pemilik bersama di dalam satu geran pemilikan bersama akan berkongsi setiap bahagian dan sudut daripada tanah tersebut.
  2. Pemilik bersama tidak boleh mendirikan rumah atas bahagian tanah miliknya. Ini kerana sebagaimana yang nyatakan di atas, keluasan dan kedudukan sebenar bahagian pemilik di atas tanah tersebut tidak dapat disahkan.
  3. Seterusnya, untuk tanah pertanian, hanya sebuah rumah/ bangunan sahaja boleh didirikan di atas satu ekar tanah, dengan syarat rumah/ bangunan tersebut bukanlah suatu binaan kekal dan hanya bertujuan untuk menjaga kebun semata-mata dan keluasannya hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keluasan tanah tersebut.
  4. Sekiranya kesemua pemilik bersama berniat mendirikan rumah kediaman atas tanah tersebut. Sudah pasti ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang justeru pembinaan tersebut adalah dianggap tidak sah dari segi undang-undang. Kesannya;

  • Tanah tersebut boleh dirampas & bangunan yang didirikan itu tidak akan diambil kira dalam nilaian tanah. Pihak berkuasa juga boleh arahkan bangunan tersebut dirobohkan dan pemilik juga boleh didenda.
  • Sukar dan mungkin agak tidak praktikal untuk membangunkan atau mengusahakan sesuatu bahagian pemilik sahaja. Sekiranya boleh dibangunkan ia akan timbul masalah kerana kedudukan sebenar bahagian pemilik di atas tanah tersebut tidak dapat disahkan.
  • Jika ingin bangunkan keseluruhan tanah tersebut maka persetujuan daripada kesemua pemilik yang lain diperlukan.
  • Tidak boleh untuk menggadaikan tanah tersebut kepada bank untuk tujuan mendapatkan sebarang pinjaman, melainkan dengan persetujuan bersama kesemua pemilik, dan seandainya tanah tersebut digadaikan kepada bank, geran asal tanah tersebut akan dipegang oleh pihak bank. Maka, secara automatik segala hak dan kepentingan pemilik bersama yang lain juga akan terkesan.
  • Jika peminjam gagal jelaskan bayaran pinjaman, keseluruhan tanah tersebut akan dilelong. Kebiasaannya hanya seorang pemilik sahaja yang akan pegang geran. Sekiranya pemilik bersama yang lain ingin pindah milik bahagian mereka kepada pihak ketiga, terlebih dahulu mereka terpaksa untuk mendapatkan geran asal daripada pemilik iaitu pemegang geran tersebut.
  • Perbalahan anatara pemilik biasa berlaku sekiranya pemegang pegang geran enggan memberi pinjam geran asal kepada pemilik bersama untuk tujuan pindah milik kepada pihak ketiga dengan pelbagai alasan.
  • Walaupun pemilik bersama boleh menjual bahagian masing-masing daripada tanah tersebut kepada pihak ketiga, namun masalah mungkin akan timbul terutamanya untuk memindah milik bahagian kepada pembeli sekiranya pemilik bersama sebagai pemegang geran enggan bekerjasama untuk melepaskan geran. Tambahan pula sekiranya pembeli tersebut adalah “orang luar”, berkemungkinan besar agak sukar untuk membangunkan tanah tersebut tanpa kerjasama dengan pemilik bersama yang lain.

Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR/ Timbalan Presiden K-LITERASI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *