TUNTUTAN

Asas kewujudan kontrak takaful ialah perjanjian pembayaran tuntutan jika berlaku kejadian yang dilindungi. Ujian terpenting terhadap Pengendali takaful yang bertanggungjawab dan efisien adalah ketepatan dan keadilan mereka dalam memberi pampasan terhadap kerugian ekonomi peserta skim.

Jenis-jenis tuntutan (General):

  • Kerosakan Sendiri / Kerosakan Harta
  • Third Party Property Damage (Kerosakan Harta Pihak Ketiga)
  • Bodily Injury  ( Kecederaan)
  • TP Liability ( Liabiliti Pihak Ketiga)
  • PA (Personal Accident)

Jenis-jenis tuntutan (Life):

  • Perubatan
  • Kerugian turutan
  • Kerosakan mesin/jentera
  • Cermin kereta
  • Kapal Laut dan kargo

5 Langkah tuntutan:

  • Pemberitahuan kepada pengendali insurans/takaful
  • Pemberitahuan  kepada Pihak Polis
  • Mengambil langkah mengurangkan risiko/kerugian
  • Menghantar surat rasmi ke pihak insurans dengan dokumen yang lengkap
  • Bekerjasama dengan adjuster, pemeriksaan dan bengkel

Tatacara Tuntutan

1. Tuntutan  kerosakan Sendiri/ Kerosakan Total/ Cermin Pecah

Langkah 1:

Buat laporan polis dalam  tempoh 24 jam

Langkah 2:

Beritahu pengendali takaful secepat yang mungkin dikuti dengan pemberitahuan secara bertulis serta dapatkan borang tuntutan untuk diisi.

Langkah 3:

Hantar kenderaan yang rosak ke bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful dengan segera. Semak dengan pengendali takaful anda senarai bengkel yang dibenarkan serta dapatkan anggaran kos pembaikan, penggantian dan kos-kos berkaitan.

Langkah 4:

Ambil gambar bahagian yang rosak / pecah dan gambar cermin yang telah dibaiki jika melibatkan tuntutan cermin pecah.

Langkah 5:

Isi borang tuntutan dan hantar semua dokumen sokongan beserta dengan borang tuntutan yang lengkap dengan segera kepada pengendali takaful. Salinan-salinan berikut biasanya diperlukan:

  • Laporan polis
  • Kad pengenalan pemandu
  • Lesen pemandu
  • Kad pendaftaran kenderaan
  • Cukai jalan
  • Atau lain-lain dokumen yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful

Kembalikan juga gambar, resit asal pembaikan (cermin pecah) dan kos-kos berkaitan.

Langkah 6:

Setelah proses tuntutan selesai dan borang pelepasan diterima, kembalikan borang pelepasan asal yang telah ditandatangani kepada bengkel.

2. Tuntutan Kecurian

Sila ikuti langkah 1,2, 5 & 6 seperti di atas. Pembayaran akan dibuat terus kepada pengendali Kewangan jika hak milik kenderaan masih di bawah hak pemilik Pengendali Kewangan.

3. Tuntutan Pihak Ketiga

  • Tuntutan yang melibatkan pihak ketiga

Beritahu pengendali takaful anda tentang apa-apa tuntutan pihak ketiga atau yang mungkin dibuat oleh pihak ketiga. Rujuk semula pihak ketiga dan agennya kepada pengendali takaful untuk semua perkara.

  • Tuntutan sebagai pihak ketiga

Beritahu pengendali takaful anda dan pengendali takaful / syarikat insurans yang dituntut serta hantar semua dokumen sokongan untuk mempercepatkan proses tuntutan.

 Peranan tuntutan (claim) department

  • Menyemak ketenatan /tahap risiko
  • Menyemak tahap kekerapan risiko
  • Menyaran penambahbaikan risiko
  • Menyemak trend pasaran dan kerugian
  • Menyediakan teknikal back-up seperti ajuster, pemeriksa, bengkel panel, penyiasat tuntutan.

Disemak oleh : Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *